Simptom-Simptom Bagi Mereka Yang Mengalami Ketagihan:
Berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:
- Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siberdan merasa kerugian dan kekecewaan sekiranya tidak menggunakannya.
- Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
- Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
- Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.
Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, pakar psikologi, menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit IAD ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak misalnya keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan