Sabtu, 10 Mac 2012

Tak sayang mak ke ha!

Assalamualaikum

sya ingin berkongsi dengan korang,pasal anak tinggalkan mak dye kt hostel...sedih la..asal la anak dye tuh..otak letak kat mana...

KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. 
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.



PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan. 
PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan.

BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.
BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan